
MUMBAI: Aishwarya Rai akhirnya selamat melahirkan anak pertama beliau iaitu seorang bayi perempuan, di Hospital Seven Hills, Rabu (16/11).
Khabar gembira itu diumumkan
suami Aishwarya, Abhishek Bachchan melalui akaun Twitternya.Dia merasa gembira dengan kelahiran seorang
putri yang didambakan olehnya.
“Dia seorang anak perempuan,”
tulis Abhishek.
Tidak berbeza dengan Abhishek, Amitabh Bachchan juga meluahkan rasa gembiranya mendapat cucu
ketiga. Dia pun turut menulis
di Twitternya.
“Saya adalah seorang datuk untuk bayi perempuan lucu, aku sangat
gembira akan menjadi seorang
datuk,” tulis Amitabh.
Menurut sumber hospital, bintang Bollywood yang dipanggil Ash itu melahirkan anak pertamanya secara normal, pukul 9.00 pagi waktu tempatan. Ash sebelumnya mengadu sakit pada pukul 3.00 pagi.
Menurut sumber, saat ini keadaan Ash dan bayinya dalam keadaan sihat dan baik.