Drama perbalahan yang kononnya tercetus di antara pelakon jelita bertaraf senior, Nur Fazura atau Fazura dengan pelakon baru, Noor Neelofa nampaknya semakin menjadi-jadi.

Terbaru, kata Fazura, dia pernah
terbaca kenyataan Neelofa dalam sebuah media tempatan bahawa wujudnya sekumpulan aktres yang cuba menjatuhkan namanya dengan mengaitkan perbalahan di antara mereka berdua dan sekumpulan aktes itu
turut dikaitkan dengan penglibatannya.

Kenyataan itu sekali gus telah mengguris perasaan Ratu Lux berkenaan apatah lagi selepas sekian lama dia bergelumang di dalam industri seni lakonan. Malah, kenyataan neelofa itu dianggap sebagai tidak berasas.

“Saya rasa, memang tidak ada logiknya untuk saya atau aktres lain berpakat untuk menjatuhkan
dia. Lagipun, dia baru saja nak naik, jadi macam mana pula kami semua ni nak jatuhkan dia?

“Jika dia seorang pelakon yang hebat dan pernah merangkul sebarang anugerah, mungkin boleh dikatakan kami ini cuba menjatuhkan dia. Tapi, dia masih baru dan tidak berada di tahap mana-mana lagi.

“Bagi saya, apa yang dinyataan Neelofa itu sangat mencabar aktres yang sedia ada. Satu kenyataan yang sangat berani keluar dari pelakon baru seperti dia,” katanya Fazura dengan nada kecewa.

Menurut Fazura lagi,dia juga agak hairan bagaimana wujudnya spekulasi yang mengatakan dia mempunyai rasa dengki dengan kehadiran Neelofa di dalam industri, apatah lagi dia tidak pernah mengenali pelakon berkenaan.

“Itu yang membuatkan saya agak
hairan. Saya kurang pasti dari mana datangnya spekulasi seperti itu. Jika saya mahu berdengki dengan artis lain, rasanya lebih baik saya berdengki dengan kejayaan Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Tiz Zaqyah dan bukannya Neelofa.

“Saya sememangnya tidak ada masalah dengan Neelofa dan saya tidak mahu melayan perihal remeh- temeh yang macam ini. Apa yang perlu saya lakukan sekarang hanya berserah saja perkara ini kepada Allah,” katanya pasrah.

Masalah antara Fazura dan Neelofa mula menjadi kontroversi apabila Neelofa dikatakan telah mengaitkan Ratu Lux itu dengan kisah peribadinya. Lantaran itu, Fazura dikatakan bengang. Malah, dia telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap aktres baru berkenaan.

Fazura juga dikatakan tidak selesa apabila namanya turut dikaitkan dengan Neelofa yang dikatakan telah diburu lelaki kenamaan yang dikatakan turut mempunyai gosip hubungan dengannya.

“Saya sebenarnya sudah tidak mahu lagi memberi sebarang komen tentang perkara ini sebab
saya tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan hal ini dan juga Neelofa.

“Apatah lagi untuk melayan perkara ini dengan lebih serius, rasanya ia satu perkara yang sangat bodoh. Apa saja yang Neelofa ingin katakan selepas ini, semuanya terpulang kepada dia dan tolong jangan ganggu saya lagi,” katanya menutup bicara.

One response »

  1. sallehin saadon says:

    cantiknye fazura pakai tudung….terserlah keayuan fazura….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s