https://diariartis.files.wordpress.com/2011/11/jezamine-lim-and-harith-iskander.png

Pelawak dan pelakon Harith Iskander
mengakui bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim sedang hamil 6 bulan.

Bagaimanapun, Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012.

“Kadangkala saya akan mengubah sesuatu perkara itu mengikut keadaan. Jadi sebab itu saya tidak mahu lagi menetapkan nama anak saya walaupun sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai,” katanya.

Seperti pasangan lain, Harith juga sudah membuat persediaan untuk bergelar bapa dan sentiasa menjaga isteri tersayang dengan baik.

“Setiap tiga hingga empat minggu, saya akan membawa isteri membuat pemeriksaan kandungannya dan kami sudah mula membeli barangan bayi
sedikit demi sedikit.

“Saya juga sentiasa menjaga isteri sewaktu dia alahan teruk semasa tiga bulan kehamilannya tetapi sekarang dia sudah tidak alahan lagi,” ujarnya tentang isteri yang sedang menyambung pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),
Cheras.

Pasangan ini diijabkabulkan pada
Julai 2010.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s